infosekayu.com - Kalau rindukan seseorang ,letak tangan di dada dan baca surah Al-Fatihah sambil tangan kita usap dada dengan niat semoga Allah sampaikan rasa ni dekat dia. InsyaAllah :')


Kalau rindukan seseorang ,letak tangan di dada dan baca surah Al-Fatihah sambil tangan kita usap dada dengan niat semoga Allah sampaikan rasa ni dekat dia. InsyaAllah :')
Ya Allah, jika _____(nama dia) ialah jodohku ,kau dekatkanlah hati kami.Tetapi jika dia bukan jodohku ,kau hilangkanlah perasaan ini .

Rindu itu kan anugerah dari Allah, insan yang berhati nurani pasti akan rasa rindu itu kerana ia dah jadi fitrah manusia. Tidak salah kalau kita rindukan seseorang yang jauh nun disana. Takut jadi zina hati? Kita perlu faham apa yang dimaksudkan dengan zina hati ni. Zina hati ini sebenarnya apabila kita teringatkan seseorang ajnabi sambil membayangkan atau berniat untuk melakukan zina bersamanya.tapi setakat rindu itu lumrah. Manusia kan ada perasaan.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 235 yang bermaksud :

 Dan tidak ada dosa bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran),untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam `iddah),atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka).Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut (atau mengingati) mereka, yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit,selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran yang sopan.Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis `iddah yang ditetapkan itu.Dan ketahuilah,sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu,maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya,dan ketahuilah,sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyabar.




Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar Walahaulawala Quwwata illabilla hil 'aliyil 'azhim.Allahumma sholli 'ala Muhammad,wa 'ala ali Muhammad. Astaghfirullahal 'azhim wa atubu ilaih.wallahualam. (LS)
Share To:

Post A Comment: